RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ASPEK SENI BAHASA.
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : 1 Bestari
Masa : 8.10 - 9.10. ( 1 Jam )
Tema : Kebersihan
Tajuk : Kebersihan diri.
Fokus Utama : Standard Kandungan.
4.4. Melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang
betul menggunakan bahasa yang indah secara didik
hibur.
: Standard Pembelajaran.
4.4.1. Melafazkan pantun dua karat dengan intonasi yang betul
secara didik hibur.
Fokus Sampingan : Standard Kandungan.
2.3. Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar,
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
: Standard Pembelajaran.
2.3.1 Membaca kuat ayat tunggal dengan lancar, sebutan yang
jelas dan intonasi yang betul.
Objektif : Pada akhir pengajaran murid dapat:
i. Melafazkan pantun dua karat dengan intonasi yang betul.
ii. Membaca baris-baris pantun dengan lancar, sebutan yang
jelas dan intonasi yang betul.
Pengisisan Kurikulum : i. Ilmu: Menjaga kebersihan diri.
ii. KBT: kecerdasan pelbagai - verbal linguistik
BCB - mencatat nota
Sistem Bahasa : Tatabahasa: kata nama am.
Media : Kad Pantun, lembaran kerja.
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI
|
PENGISISN KURIKULUM
|
CATATAN
|
Langkah
1
1.
Guru memperdengarkan pantun tentang kebersihan melalui
pita rakaman atau yang dilafazkan oleh guru dan meminta murid mendengarnya
dengan teliti.
2.
Guru membimbing murid melafazkan pantun itu semula
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3.
Murid melafazkan pantun dengan sebutan yang betul,
intonasi dan gaya yang sesuai secara kelas, kumpulan dan individu.
|
KBT:
KP
– Verbal linguistic.
|
Lampiran
1
|
Langkah
2
1.
Guru dan murid berbincang tentang maksud pantun yang dilafazkan
2.
Murid diminta mengenal pasti frasa yang berkaitan
tentang kebersihan diri yang terdapat dalam pantun.
3.
Murid diminta menulis baris pantun yang tersebut pada
kotak pantun yang bernombor.
4.
Murid diminta membaca dalm pantun yang mengandungi bais
pantun tersebut semula.
|
KBT:
BCB-
mencatat nota
|
Lembaran
kerja 1
|
Langkah
3.
1.
Guru mengedarkan lembaran yang mengandungi beberapa
baris pantun dua karat kepada kumpulan kecil.
2.
Guru meminta murid dalam kumpulan menyusun baris
pantun menjadi pantun dua karat yang
lengkap
3.
Guru meminta murid melafazkan pantun yang telah disusun
barisnya dengan sebutan yang betul intonasi, dan gaya yang sesuai.
|
Lampiran
1
|
|
Langkah
4
1.
Murid diberikan lembaran kerja untuk memadankan gambar
dengan pantun yang sesuai.
2.
Murid membaca pantun yang dipadankan dengan gambar.
|
Lembaran
kerja 2
|
Lampiran 1
Aktiviti 1
Baca pantun
di bawah.
Ikan keli di atas rakit,
Gosok
gigi supaya tak sakit. ( 1 )
Beli
sotong masak kari,
Kuku dipotong kuman lari. ( 2 )
Ikan
haruan di dalam tangki,
Sabun badan buang daki. ( 3 )
Naik
bot pergi ke hulu,
Cuci rambut bersih selalu. ( 4 )
Lembaran kerja 1
Aktiviti 2
Catatkan baris pantun yang mengandungi maklumat kesihatan yang terdapat dalam pantun.
1. kuku dipotong kuman lari
2. Sabun badan buang daki.
3. Gosok gigi supaya tak sakit
4. Cuci rambut bersih selalu
Pantun Maklumat tentang kebersihan diri.
Pantun 1 ______________________________________
Pantun 2 ______________________________________
Pantun 3 ______________________________________
Pantun 4 _______________________________________
Cuci rambut bersih selalu. ( 4 )
Lembaran kerja 1
Aktiviti 2
Catatkan baris pantun yang mengandungi maklumat kesihatan yang terdapat dalam pantun.
1. kuku dipotong kuman lari
2. Sabun badan buang daki.
3. Gosok gigi supaya tak sakit
4. Cuci rambut bersih selalu
Pantun Maklumat tentang kebersihan diri.
Pantun 1 ______________________________________
Pantun 2 ______________________________________
Pantun 3 ______________________________________
Pantun 4 _______________________________________
No comments:
Post a Comment