Tuesday, 4 December 2012

ASPEK SENI BAHASA DALAM KSSR

AKTIVITI PEMBELAJARAN DALAM ASPEK SENI BAHASA

1. NYANYIAN.

  • Membaca atau melafazkan seni kata lagu dengan menggunakan rentak atau diiringi  muzik yang sesuai dengan murid.
  • Nyanyian mampu menimbulkan minat murid untuk mengukuhkan kemahiran bahasa, menambah perbendaharaan kata, meningatkan pemahaman, memupuk nilai dan perasaan, dan meningkatkan apresiasi terhadap keindahan bahasa.
  • Aktiviti nyanyian yang dicadangkan bersoal jawab tentang isi/ kosa kata, menulis prosa, menceritakan semula isi seni kata lagu, memberi respon parafrasa, gerakan badan dan mimik muka.

2. PUISI
    PANTUN DUA KARAT.
    Kelompok pantun dibahagi kepada:-
  • Pantun kanak-kanak
  • Pantun cinta dan kasih sayang
  • Telatah dan cara hidup masyarakat
  • Pantun teka-teki
  • Pantun puji-pujian/ sambutan.
  • Pantun nasihat, agama dan adat.
  • Pantun naratif/ cerita
CIRI-CIRI PANTUN
1. Jenis pantun
  • Pantun dua karat dikenali sebagai pemeo atau pantun kilat.
  • Pantun empat karat
2. Jumlah suku kata 8 hingga 12 dalam sebaris ayat.
3. Ada setiap stanza / rangkap pantun mempunyai dua unit iaitu unit pembayang dan unit maksud.

CONTOH PANTUN DUA KARAT.

    Ikan keli di atas rakit,
    Gosok gigi supaya tak sakit.

   Siakap sinohong gelama ikan duri,
   Bercakap bohong lama-lama mencuri.


Yang indah itu seni,
Yang tinggi nilainya bahasa,
Tiada noktahnya di sini,
Berjuanglah terus memartabatkan bahasa.




Monday, 3 December 2012

ASPEK SENI BAHASA DALAM KSSR

KONSEP ASPEK SENI BAHASA

  • Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur.
  • Murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan.
  • Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi.
  • Pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan seni dalam bahasa Melayu.
  • Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa ini dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.
OBJEKTIF ASPEK SENI BAHASA.
Objektif Aspek Seni Bahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
  1. Menyebut dan memahami seni kata lagu melelui nyanyian dengan gerak laku secara didik hibur.
  2. Mengujarkan ayat menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui penceritaan secara didik hibur.
  3. Mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui lakonan secara didik hibur.
  4. Melafazkan pantun dua karat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul dan memahami maksud pantun secara didik hibur.
PRINSIP ASPEK SENI BAHASA
  1. Pengajaran Seni Bahasa mementingkan kehalusan dan keindahan bahasa.
  2. Pemilihan bahan mesti sesuai dan menarik.
  3. Penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh.
  4. Guru bertindak sebagai penggerak atau pembimbing yang sentiasa kreatif dan imaginative.
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK SENI BAHASA.
  • Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa menentukan keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pelbagai aktiviti seni bahasa secara kreatif.
  • Guru perlu menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini secara didik hibur supaya dapat menarik minat murid dan membantu murid lebih berketrampilan  serta menghayati seni bahasa itu.
  • Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa guru harus menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk standard kandungan dan standard pembelajaran kemahiran Seni Bahasa yang disediakan.
RUMUSAN.
Aspek Seni Bahasa merupakan salah satu komponen dalam kurikulum standard Bahasa Malaysia yang menekankan kepada keindahan bahasa secara didik hibur. Aspek ini bertujuan membentuk murid untuk memiliki keseimbangan dalam kemahiran-kemahiran bahasa seperti mendengar, bertutur, membaca, menulis, secara efektif melelui pelbagai kaedah pengajaran. Aktiviti-aktiviti yang bercorak didik hibur dalam seni bahasa dapat meningkatkan penghayatan nilai dan seni dalam bahasa. Murid berkemampuan untuk melahirkan idea secara kreatif melalui bahasa yang indah dan halus serta dapat menghargai dalam sesuatu nilai sastera atau seni.